Sunday, June 12, 2011

Kebab Ayam

Campuran Rempah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh kunyit
4 sudu teh garam


Cara Membuat Kebab
Kisarkan bahagian dada atau isi ayam dalam blender.
Gaulkan ayam bersama rempah di atas dan perap selama 15 minit.
Cucuk ayam yang telah di gaul pada lidi satay atau besi pembakar BBQ.
Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah selsius.

Hidangkan bersama kentang, salad arabica dan roti pitta.

Puding Karamel (Gula Hangus)

Cara membuat karamel (gula hangus).

Panaskan 5 sudu besar gula (tanpa air) di dalam kuali atau loyang sehingga warnanya bertukar menjadi keemasan.


Cara membuat puding
Kacau 3 biji telur.
Masukkan 5 sudu besar gula dan kacau.
Masukkan 500 ml susu segar (separuh kotak 1 liter)
Masukkan setengah sudu vanila dan kacau.

Masukkan campuran di atas ke dalam loyang yang telah diisi karamel.
Kukus atau bakar di dalam oven selama 45 minit pada suhu 180 darjah selsius.
Sekiranya menggunakan oven, masukkan loyang tadi ke dalam satu lagi loyang besar yang berisi air suam.





.