Wednesday, November 23, 2011

Prawn Olio

Bahan-bahan (3-4 orang makan)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu serbuk lada kasar atau 3 biji lada kering
  • 250 gram udang
  • 250 gram spagetti atau fettuccinni (rupa seperti keuy tiaw)
  • Cendawan








Cara memasak
  1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih
  2. Bila air mendidih, masukkan garam
  3. Masukkan spageti atau fettuccinni dan rebus sehingga lembut
  4. Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih dan bawang merah
  5. Tumis tomato yang dicincang, beserta serbuk lada kasar
  6. Masukkan cendawan dan udang (jangan terlalu lama, cukup sehingga berubah warna)
  7. Masukkan spageti, tutup api dan gaulkan bersama tumisan
  8. Hiaskan dengan daun bawang

Monday, November 21, 2011

Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan
1 ekor ayam (tidak dipotong)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu makan garam
Daun bawang
1 helai daun pandan
3 - 5 pot beras

Untuk Salad:
Daun Salad
Timun Batang
Tomato


Cara-cara
  1. Leher ayam dipotong atau dipatahkan dan dimasukkan ke dalam satu periuk berisi 10 cawan air serta direbus sehingga mendidih
  2. Bawang putih, halia dan kunyit dikisar lalu dimasukkan ke bahagian dalam ayam bersama daun bawang
  3. Lumurkan 1 sudu makan garam pada kulit ayam
  4. Setelah air mendidih, perlahankan api dan masukkan ayam ke dalam periuk hingga tenggelam.
  5. Biarkan ayam tadi masak dalam tempoh 30-40 minit
  6. Keluarkan ayam dan rendam dalam air sejuk selama 5 minit
  7. Keluarkan ayam dan gantung ayam atau tapis supaya minyaknya keluar
  8. Sapukan minyak yang keluar pada ayam pada kulitnya supaya nampak berkilat
  9. Hiaskan bersama daun salad, hirisan timun dan tomato
  10. Masak nasi menggunakan air rebusan ayam beserta bawang putih dan halia yang terdapat dalam sup tadi, dan juga sehelai daun pandan yang diikat atau disimpul
  11. Untuk membuat sup, tambah garam ke dalam air rebusan ayam tadi untuk dijadikan sup
  12. Untuk membuat sos dan kicap nasi ayam, tambah air rebusan ke dalam semangkuk kicap dan juga semangkuk cili yang telah dikisar

Puding Roti Pisang

Bahan-bahan
8 keping roti sandwich
5 biji pisang dihiris
1 kotak kecil kismis
1 kotak susu segar (500ml)
3 biji telor
1 sudu makan esen vanilla
Sedikit gula



Cara memasak
  1. Atur atau susun 8 keping roti dalam loyang pembakar  bersama pisang dan kismis
  2. Dalam bekas yang berasingan:
    1. Masukkan 500 ml susu segar (2 1/2 cawan) 
    2. Masukkan 3 biji telor, 1 sudu esen vanilla dan sedikit gula
    3. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan campuran susu dan telor tadi ke dalam loyang sehingga tenggelam roti tadi
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selsius dalam masa 20-30 minit.
Puding roti ini boleh juga sedap dimakan bersama aiskrim vanila.

Ayam Panggang Ala Percik

Bahan-Bahan
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci kunyit
1 cawan yogurt


Cara memasak:
  1. Kisarkan
    • 3 ulas bawang putih
    • 5 ulas bawang merah
    • 1 inci halia
      1 inci kunyit
  2. Gaulkan bersama 1 sudu makan garam dan sapu atau lumurkan pada 1 ekor ayam 
  3. Perapkan selama 1 jam atau semalaman
  4. Sapukan 1 cawan yogurt pada ayam sebelum dibakar
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 45 minit
  6. Hiaskan bersama daun salad dan tomato

Mee Hailam

Mee yang dimasak menggunakan air rebusan ayam, bawang putih dan halia.

Sediakan air rebusan ayam terlebih dahulu dengan merebus bahagian tulang atau dada ayam bersama 1 liter air.

Sesetengah resipi mencampurkan udang, dalam resepi ini hanya ayam dan daging digunakan.

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
250 gram daging dihiris nipis
1 liter stok atau air rebusan ayam (bersama isi ayam)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan lada putih

Sayur-sayur:
1/2 batang karot / lobak merah
Kobis atau sawi


Untuk pekatkan kuah:
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 biji telor

Untuk hitamkan kuah:
1 sudu makan kicap manis
1 sudu kicap mee (jika ada)

Hiasan:
1 biji tomato
Daun bawang
Cili padi


Cara-cara:
  1. 1 paket Mee kuning dicelur dalam air mendidih untuk mengurangkan minyak yang terdapat pada mee
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi atau naik bau
  3. Masukkan 250 gram daging dan 1 sudu makan lada putih
  4. Masukkan 1/2 batang karot
  5. Masukkan 1 liter atau 5 cawan air rebusan ayam
  6. Masak sehingga daging empuk
  7. Masukkan sayur-sayuran hijau seperti kobis atau sawi
  8. Masukkan kicap dan air bancuhan tepung jagung
  9. Masukkan 1 biji telor
  10. Hiaskan dengan daun bawang dan tomato
Anggaran masa memasak: 30 minit

Tuesday, November 8, 2011

Resepi Mudah Nasi Kabsa Ayam

Nasi Kabsa ialah nasi Arab yang dimasak bersama dengan lauknya samada ayam, daging lembu atau kambing.

Bahan-Bahan
Minyak Zaitun
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji  tomato
1 biji lada benggala (pilihan, jika suka)
Sedikit parutan karot (pilihan, jika suka)
1 sudu besar rempah Kabsa (lihat post sebelum ini untuk cara membuat rempah ini)
3 pot beras Basmati
4.5 pot air
Garam

Cara Memasak
  1. 1 ekor ayam dipotong kecil.
  2.  Panaskan minyak zaitun atau apa-apa minyak masak dalam periuk.
  3.  Masukkan hirisan 1 biji bawang besar, halia dan 1 biji tomato yang dipotong dadu ke dalam periuk.
  4.  Boleh juga tambahkan hirisan lada benggala hijau dan parutan karot (jika mahu)
  5.  Masukkan 1 sudu rempah Kabsa (lihat post sebelum ini) dan 1 ekor ayam ke dalam periuk
  6.  Masak ayam bersama rempah ratus tadi hingga separuh masak (lebih kurang dalam 15 minit)
  7. Masukkan beras basmati panjang yang telah dibasuh.
  8. Masukkan air secukupnya dan garam secukup rasa.
  9. Setelah masak, padamkan api dan biarkan selama nasi masak dengan wap selama 20 minit.
  10. Hidangkan bersama salad dan sambal arab

Resepi Mudah Nasi Mandy / Mende / Mandi

Nasi mandy ialah nasi yang di"mandi"kan (digaulkan atau dicampurkan) dengan minyak ayam atau kambing yang dibakar, bergantung kepada jenis lauknya. Ia seperti nasi ayam cuma bahan dan cara memasaknya sedikit berbeza.

A. Ayam Bakar
1 ekor ayam dipotong empat dan diperap bersama:
  • 1 sudu makan tomato puree, 
  • 1 sudu makan garam dan 
  • 1 sudu makan Rempah Mandy. (klik untuk ke link)
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Selsius selama 45 minit.

Tadah minyak ayam yang terhasil daripada ayam yang dibakar. Ini untuk dicampurkan dan digaulkan ke dalam nasi yang telah masak nanti.



B. Stok atau air rebusan tulang ayam / Sup Ayam
Rebus bahagian leher atau mana-mana bahagian tulang ayam bersama:
  1. Parutan kulit lemon atau limau nipis
  2. 8 biji buah pelaga. 
  3. 1 inci halia

Nota: Lebihkan air rebusan dan tambahkan garam sekiranya mahu dijadikan sup untuk dimakan bersama nasi (seperti makan nasi ayam)


C. Nasi Mandy
Untuk hasil yang lebih memuaskan, gunakan beras basmati yang ekstra panjang.

Masak nasi menggunakan stok atau air rebusan tulang ayam di atas.

Jumlah air bergantung kepada jenis beras, biasanya 1 pot beras memerlukan 1.5 pot air rebusan atau gunakan sukatan jari iaitu sekitar 1 ruas jari atau ketinggian 1 inci air dari permukaan beras.

Tambahkan garam dan sedikit safron atau serbuk kunyit untuk mewarnakan nasi. Jangan guna pewarna kerana tidak elok untuk kesihatan.

Kalau menggunakan periuk elektrik, matikan suis setelah masak (tidak perlu "keep-warm" kerana nasi akan melekat dan berkerak. Biarkan nasi masak dengan wap yang terhasil.

Gaulkan nasi dengan minyak daripada ayam yang dibakar tadi.

D. Sambal  Arab
 Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar 
  • 2 biji tomato
  • 13 cili hijau panjang (kuantiti ikut selera kepedasan anda)
  • Batang daun ketumbar / pudina / sup

Bakar 1 biji bawang besar dan 2 biji tomato sehingga layu. Buang kulit atau lapisan luar yang telah layu setelah dibakar

Kisar cili hijau atau cili merah (ikut suka) bersama daun ketumbar, bawang besar dan tomato yang dibakar tadi.

Tambahkan 1 sudu garam dan perahkan lemon dan limau nipis.


E. Salad

Bahan-bahan:
  • 3 batang timun
  • 3 biji tomato
  • 1 biji lada benggala
  • Daun Ketumbar
  • Garam
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit perahan lemon

Potong dadu timun batang yang telah dibuang kulitnya.
Potong dadu tomato.
Boleh juga dicampurkan lada benggala.
Gaulkan bersama minyak zaitun, sedikit garam dan perahan lemon atau limau nipis.

Rempah Nasi Kabsa

Formulanya ialah semua rempah sama kuantitinya dan jangan masukkan kayu manis dan bunga lawang (jika tidak ia menjadi beriani dan bukannya nasi Arab).

Untuk memudahkan penyediaan rempah, dapatkan rempah-rempah berikut dalam bentuk serbuk:
Ada dijual dalam pek 15 gram atau 25 gram.
  1. Jintan Putih
  2. Jintan Manis
  3. Ketumbar
  4. Lada Hitam
  5. Serbuk Cili (Merah)
  6. Kunyit

Nota: Gambar sekadar hiasan (Tidak semestinya guna brand Babas)

 Kemudian kisar (blend) bahan-bahan berikut:

  1. Buah Pelaga (3 sudu makan jika rempah diatas adalah 15 gram, 5 sudu jika 25 gram)
  2. Bunga Cengkih (3 sudu makan jika rempah diatas adalah 15 gram, 5 sudu jika 25 gram)
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan simpan rempah dalam bekas kedap udara.
Untuk memasak 1 ekor ayam, 1 sudu makan pun sudah mencukupi. Boleh lebihkan jika anda suka berempah.