Tuesday, December 10, 2013

Healthy Curry in a Hurry

1 ekor ayam (atau ikan) 
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sudu besar asam jawa segera Adabi
3 paket rempah kari (25g - 1 paket)
Garam secukup rasa (2 sudu besar)

Tumis bawang sehingga naik bau. 
Masukkan rempah kari, garam, asam jawa dan air (lebih kurang 500 ml) dan masak selama 10 minit.
Masukkan ayam dan masak lagi selama 15 minit dengan kepanasan sederhana.
Siap untuk dihidangkan

Rempah Asli Nasi Mandy

2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar cengkih
2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk halia
1 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh serbuk kunyit (untuk warna)
4 daun bay (salam)

Kisar semua bahan (yang bukan serbuk) dan simpan dalam bekas yang kedap udara.
Cuma perlu guna 1 sudu besar rempah  (yang telah dikisar) dan 1 sudu garam untuk seekor ayam.

Monday, December 9, 2013

Ayam Bakar Kicap Berempah (Cara Mudah dan Cepat)

Bahan-Bahan
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
Setengah cawan kicap
1 sudu besar asam jawa segera Adabi
1 sudu besar cili giling segera Adabi
1 sudu besar rempah kari
Garam secukup rasa (1 sudu besar)

Campurkan semua bahan di atas dan perap semalaman jika mempunyai masa. Jika tidak, "gaul dan bakar je lah"

Ayam  dibakar  pada suhu 180 darjah selsius selama setengah jam. Siap untuk dihidangkan dengan hiasan daun bawang.

Pastikan jenis untuk goreng dan digunakan tidak lebih dua kali

'Minyak sihat'
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/05/30


PENGGUNAAN minyak masak dalam masakan sememangnya mencetuskan banyak persoalan seperti jumlah yang sepatutnya digunakan dan jenis minyak yang terbaik untuk menjaga kesihatan.

Apatah lagi ada pelbagai jenis dan jenama minyak di pasaran, termasuk yang diselit dengan dakwaan bahawa ia baik untuk kesihatan.
Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Ho Shiau Fenm, berkata secara umumnya minyak masak terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu.

Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik di antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini adalah seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.

“Bagaimanapun, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api yang panas. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko kanser atau barah,” katanya.

Minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari. 

Asid lemak mono tak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini kata Ho, tidak sesuai untuk menggoreng. Sebaliknya hanya untuk menumis.

Minyak jenis mono tak tepu seperti minyak zaitun, minyak dedak padi atau campuran minyak jagung, tidak digalakkan untuk menggoreng. Walaupun minyak ini didakwa baik untuk jantung tetapi ia tidak sesuai untuk menggoreng,” katanya.

Ho turut mengakui sukarnya untuk menyediakan makanan tanpa minyak. Apatah lagi majoriti rakyat negara ini sudah biasa dengan pelbagai makanan goreng sejak kecil lagi.

Namun, penjagaan kesihatan sebaliknya perlu lebih diutamakan manakala penggunaannya jika perlu, haruslah bersesuaian dengan keadaan individu.

Untuk pesakit jantung misalnya, jangan goreng ikan dengan minyak. Lebih baik, elakkan makanan bergoreng. Sebaliknya, gantikan dengan menu ikan yang dibakar,” katanya.

Menurut Ho, ada dua faktor utama penyediaan menu sihat, keseimbangan zat dan kepelbagaian zat. Selain itu, pemakanan yang sihat bukan hanya untuk mereka yang sudah disahkan menghidap penyakit kronik tetapi juga untuk kita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.

Misalnya dalam masakan yang menggunakan minyak. Memang kita tidak boleh lari daripada menggunakan minyak tetapi jumlahnya harus dipantau selain jenis minyak dan berapa kali kita menggunakan minyak yang sama perlu diambil kira,” katanya.

Ho berkata, apabila minyak dipanaskan, karakter atau cirinya akan berubah. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

Justeru, apabila memilih minyak masak, penting untuk anda memadankan kepanasan minyak dengan cara penyediaan masakan.

Apabila menggunakan minyak untuk menggoreng, pastikan ia tidak lebih dua kali. Selepas itu gantikan dengan minyak baru,” katanya.

Info
Dua jenis minyak:


  • Minyak poli tak tepu - minyak soya, jagung dan bunga matahari.
    Asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng
  • Minyak mono tak tepu - minyak zaitun, Canola, biji sesawi dan bunga matahari. Tidak begitu sesuai untuk menggoreng. 
  • Don’t use oil more than once, warns poison centre

    Dari The Star, Tuesday December 13, 2011:

    PETALING JAYA: Repeatedly used cooking oil can cause hypertension, affect the liver and may in the long run lead to cancer, the National Poison Centre has warned.
    Centre consultant Dr T. Jayabalan said cooking oil should not be used even twice.
    “When used repeatedly, the concentration of hydrocarbons in the oil increases and these can clog and stiffen arteries, causing hypertension and also affect the liver,” he said in a phone interview.
    “Many people do not discard the oil after using it once. They put it in a container to be used again before they finally dispose of it,” Dr Jayabalan said.
    No level of contamination should be allowed. There is no basis for a permissible level of recyling for oil meant for human consumption.”


    Monday, April 8, 2013

    Sup Ikan Ala Steambot

    1) Kisar dan rebus 5 biji tomato
    2) Tambahkan beberapa ulas bawang putih dan 1 cm halia
    3) Masukkan garam secukup rasa
    4) Masukkan 1 sudu serbuk cili
    5) Sedikit air asam jawa
    6) Bila sudah menggelegak, masukkan isi ikan, udang dan bebola ikan.

    Simple Lamb Chop with Black Pepper Sauce

    Untuk Sos:
    1) Rebus tulang kambing
    2) Masukkan 2-3 sudu ladahitam yang telah dikisar bersama halia dan bawang putih
    3) Tambahkan gula untuk mengurangkan kepedasan
    4) Tambahkan garam secukup rasa
    5) Boleh juga ditambahkan 1 sudu tepund untuk menambahkan kepekatan

    Grilled Lamb Chop:
    1) Perap kambing bersama lada hitam dan sedikit garam
    2) Bakar dalam oven pada suhu 100 darjah selsius selama 45 minit - 1 jam. (Tutup dengan aluminium foil)