Wednesday, October 17, 2012

Beras Nasi Arab


Sinar Harian 11 Mei 2012
Pemilihan beras yang tepat adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan pelbagai jenis nasi Briyani. Kebenaran ini disokong oleh Chef Mustafa Hamud Badar, 37, yang kini berkhidmat sebagai chef utama Restoran Al-Rawsha, sebuah restoran yang terkenal dengan masakan tradisi negara Yaman dan Beirut, Lebanon.
Menurut Mustafa, masyarakat Yaman menggunakan beras berlainan untuk memasak nasi Mandy, Kebsa dan Madghut."Untuk memasak Mandy, kami menggunakan beras jenis Triple A (Gred 3). Bagi Kebsa atau Madghut pula, beras jenis yang sama digunakan cuma  berlainan gred iaitu Gred 2," kata Mustafa.
Dengan bantuan terjemahan oleh Sharifah Zainab Syed Ahmed, yang juga Pengarah Urusan Restoran Al-Rawsha, Mustafa berkata, kaedah masakan yang berlainan juga menentukan jenis beras yang berbeza bagi mengekalkan kualiti rasa nasi Briyani.

"Nasi Mandy ditanak dalam ketuhar yang diisi arang batu dengan kedalaman enam hingga tujuh kaki di bawah tanah untuk tempoh empat jam. Ini adalah supaya nasinya lebih peroi dan tidak likat. Bagi meningkatkan lagi aroma rasa nasi tersebut, garam kasar dan garam pasir turut dibubuh di antara satu lingkaran konkrit dengan besi keluli yang mengelilingi ketuhar itu.
Berbeza dengan masakan nasi Kebsa dan Maghdut, kedua-duanya hanya memakan masa sejam untuk ditanak dan kaedahnya tidaklah serumit masakan nasi Mandy, jelas Mustafa yang berpengalaman dalam bidang masakan selama kira-kira 11 tahun.

BERAS ELEMEN PENTING

Mustafa menjelaskan bahawa beras menjadi elemen penting dalam masakan nasi Briyani hinggakan pelanggan tetap Restoran Al-Rawsha - tidak kira warga tempatan atau berketurunan Arab - boleh dengan sekilas mengenali nasi Mandy sejurus nasi itu dihidangkan. 
"Sebelum memasak, beras Basmati perlu direndam sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dicuci bagi memastikan ia kembang sepenuhnya.

Sunday, August 5, 2012

Pai Epal

Bahan-bahan untuk Membuat Dough bagi pai 9 inci:

200 gram Tepung Gandum
100 Gram Butter
50 gram Air Sejuk

Masukkan ke semua bahan dalam food processor dan kisar sehingga ia membentuk dough.
Perlu diulangi proses di atas bagi membuat dua lapisan pai, iaitu lapisan bawah dan atas.
Masukkan dalam plastik dan simpan selama 30 minit.

Bahan-bahan untuk inti (apple filling)
- 6 biji epal
- 6 sudu besar gula
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1/4 sudu kecil serbuk buah pala

Masak bahan-bahan untuk inti sehingga epal menjadi agak lembut.

Proses Membuat Pai
Gelek dan canaikan tepung tadi. Satu untuk lapisan atas dan satu untuk lapisan bawah.
Masukkan lapisan bawah ke dalam bekas atau mangkuk pai.
Masukkan inti yang telah di masak ke atas lapisan tepung.

Masukkan lapisan atas ke dalam bekas atau mangkuk pai untuk menutup inti pai.
Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 30 mnit.

Tuesday, May 8, 2012

Pizza Ayam Sambal


Dough Pizza:
2 1/4 cawan tepung
3/4 cawan air suam
1 sudu teh yis
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Masukkan ke dalam food processor dan kisar sehingga menjadi dough. Simpan dalam peti ais selama 20 minit.

Sapukan dan ratakan sambal ayam yang telah di masak. Taburkan keju ke atasnya. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah selsius.

Resepi sambal ayam tu pandai-pandailah...