Wednesday, October 17, 2012

Beras Nasi Arab


Sinar Harian 11 Mei 2012
Pemilihan beras yang tepat adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan pelbagai jenis nasi Briyani. Kebenaran ini disokong oleh Chef Mustafa Hamud Badar, 37, yang kini berkhidmat sebagai chef utama Restoran Al-Rawsha, sebuah restoran yang terkenal dengan masakan tradisi negara Yaman dan Beirut, Lebanon.
Menurut Mustafa, masyarakat Yaman menggunakan beras berlainan untuk memasak nasi Mandy, Kebsa dan Madghut."Untuk memasak Mandy, kami menggunakan beras jenis Triple A (Gred 3). Bagi Kebsa atau Madghut pula, beras jenis yang sama digunakan cuma  berlainan gred iaitu Gred 2," kata Mustafa.
Dengan bantuan terjemahan oleh Sharifah Zainab Syed Ahmed, yang juga Pengarah Urusan Restoran Al-Rawsha, Mustafa berkata, kaedah masakan yang berlainan juga menentukan jenis beras yang berbeza bagi mengekalkan kualiti rasa nasi Briyani.

"Nasi Mandy ditanak dalam ketuhar yang diisi arang batu dengan kedalaman enam hingga tujuh kaki di bawah tanah untuk tempoh empat jam. Ini adalah supaya nasinya lebih peroi dan tidak likat. Bagi meningkatkan lagi aroma rasa nasi tersebut, garam kasar dan garam pasir turut dibubuh di antara satu lingkaran konkrit dengan besi keluli yang mengelilingi ketuhar itu.
Berbeza dengan masakan nasi Kebsa dan Maghdut, kedua-duanya hanya memakan masa sejam untuk ditanak dan kaedahnya tidaklah serumit masakan nasi Mandy, jelas Mustafa yang berpengalaman dalam bidang masakan selama kira-kira 11 tahun.

BERAS ELEMEN PENTING

Mustafa menjelaskan bahawa beras menjadi elemen penting dalam masakan nasi Briyani hinggakan pelanggan tetap Restoran Al-Rawsha - tidak kira warga tempatan atau berketurunan Arab - boleh dengan sekilas mengenali nasi Mandy sejurus nasi itu dihidangkan. 
"Sebelum memasak, beras Basmati perlu direndam sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dicuci bagi memastikan ia kembang sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment