Thursday, February 17, 2011

Resepi Nasi Mandy/Mende/Mandi

Menurut seorang chef yang saya dengar di RADIO IKIM, nasi mandi ini diberi nama nasi mandi kerana nasi atau beras itu dimandikan oleh air dan minyak ayam. Di negara Arab, mereka memasaknya di dalam sebuah periuk khas yang dimasak bawah tanah. Dalam periuk ini ayam digantung di atas dan beras berada dibawah.

 Bagi kita yang tak mempunyai dapur bawah tanah seperti ini bolehlah menggunakan periuk kukusan, dimana ayam diletakkan dilapisan atas dan beras dibahagian bawah.

Cuma masaalah bila guna periuk kukusan ini, mungkin bila nasinya sudah masak, ayam belum masak sepenuhnya. Kenalah sambung masak atau bakar di tempat lain misalnya dalam oven.

Selain itu boleh juga guna kaedah seterusnya, dimana tulang ayam direbus untuk mendapatkan stok ayam. Kemudian bahagian yang berdaging dibakar di dalam oven dan ditadah minyaknya. Minyak ini pula dimasukkan ke dalam beras yang akan di masak.

PENYEDIAAN STOK AYAM UNTUK NASI

  • 1 ekor ayam (bahagian tulang) 
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 inci halia 
  • 3 cawan beras basmathi
CARA-CARA MEMASAK NASI
  1. Rebus ayam selama 2 jam sehingga empuk bersama rempah ratus di atas untuk dijadikan stok.
  2. Rendam beras basmati selama 15-20 minit.
  3. Toskan air beras
  4. Selepas 2 jam, tuang stok ayam tadi ke dalam rice cooker mengikut sukatan beras pada rice cooker.
  5. Tambah serbuk kunyit 1 sudu kecil.
  6. Tambah garam secukup rasa (1 sudu kecil untuk 1pot beras)
  7. Masukkan parutan kulit lemon 1 biji
  8. Kalau ada za'faran, masukkan dalam secubit.
  9. Ambil minyak yang ditadah daripada ayam/kambing yang dibakar (untuk "memandikan" nasi), ini yang buat sedap.
KAMBING / AYAM PANGGANG MANDY
  • 1 ekor ayam atau 500-750 gram kambing
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • Garam secukup rasa
1. Perap ayam 24 jam bersama bahan di atas
2. Bakar dalam oven selama 1jam, suhu 180 darjah selsius
3. Tadah minyak daripada ayam yang dibakar untuk dimasukkan ke dalam nasi.

2 comments: