Sunday, February 20, 2011

Teh Masala Susu Segar


Teh masala ini merupakan satu minuman daripada India. Baik untuk kesihatan juga kerana ia mengandungi campuran rempah dan susu segar.


Masala ialah campuran beberapa rempah seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang.

Kalau disebut garam masala, maka ianya telah dicampurkan rempah tambahan iaitu lada hitam. Biasanya garam masala digunakan dalam masakan kari atau nasi beriyani.

Campuran masala:
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil buah pelaga
1 biji bunga lawang

Cara membuat teh masala untuk 5 orang minum
  1. Rebus air seperti biasa sehingga mendidih
  2. Panaskan 1 cawan susu segar
  3. Rendam teh 5 sudu besar dalam air panas mendidih (sebaik-baiknya dalam penapis kain)
  4. Masukkan 5-7 cawan air yang telah mendidih tadi
  5. Masukkan campuran rempah tadi ke dalam penapis (boleh juga dikisar terlebih dahulu)
  6. Masukkan 5 sudu besar gula
  7. Masukkan 1 cawan susu segar yang telah dipanaskan tadi

Nota tambahan:
Susu cair boleh digunakan untuk menggantikan susu segar

1 comment: