Sunday, June 12, 2011

Puding Karamel (Gula Hangus)

Cara membuat karamel (gula hangus).

Panaskan 5 sudu besar gula (tanpa air) di dalam kuali atau loyang sehingga warnanya bertukar menjadi keemasan.


Cara membuat puding
Kacau 3 biji telur.
Masukkan 5 sudu besar gula dan kacau.
Masukkan 500 ml susu segar (separuh kotak 1 liter)
Masukkan setengah sudu vanila dan kacau.

Masukkan campuran di atas ke dalam loyang yang telah diisi karamel.
Kukus atau bakar di dalam oven selama 45 minit pada suhu 180 darjah selsius.
Sekiranya menggunakan oven, masukkan loyang tadi ke dalam satu lagi loyang besar yang berisi air suam.





.

No comments:

Post a Comment