A. Ayam Bakar
1 ekor ayam dipotong empat dan diperap bersama:
- 1 sudu makan tomato puree,
- 1 sudu makan garam dan
- 1 sudu makan Rempah Mandy. (klik untuk ke link)
Tadah minyak ayam yang terhasil daripada ayam yang dibakar. Ini untuk dicampurkan dan digaulkan ke dalam nasi yang telah masak nanti.
B. Stok atau air rebusan tulang ayam / Sup Ayam
Rebus bahagian leher atau mana-mana bahagian tulang ayam bersama:
- Parutan kulit lemon atau limau nipis
- 8 biji buah pelaga.
- 1 inci halia
Nota: Lebihkan air rebusan dan tambahkan garam sekiranya mahu dijadikan sup untuk dimakan bersama nasi (seperti makan nasi ayam)
C. Nasi Mandy
Untuk hasil yang lebih memuaskan, gunakan beras basmati yang ekstra panjang.
Masak nasi menggunakan stok atau air rebusan tulang ayam di atas.
Jumlah air bergantung kepada jenis beras, biasanya 1 pot beras memerlukan 1.5 pot air rebusan atau gunakan sukatan jari iaitu sekitar 1 ruas jari atau ketinggian 1 inci air dari permukaan beras.
Tambahkan garam dan sedikit safron atau serbuk kunyit untuk mewarnakan nasi. Jangan guna pewarna kerana tidak elok untuk kesihatan.
Kalau menggunakan periuk elektrik, matikan suis setelah masak (tidak perlu "keep-warm" kerana nasi akan melekat dan berkerak. Biarkan nasi masak dengan wap yang terhasil.
Gaulkan nasi dengan minyak daripada ayam yang dibakar tadi.
D. Sambal Arab
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar
- 2 biji tomato
- 13 cili hijau panjang (kuantiti ikut selera kepedasan anda)
- Batang daun ketumbar / pudina / sup
Bakar 1 biji bawang besar dan 2 biji tomato sehingga layu. Buang kulit atau lapisan luar yang telah layu setelah dibakar
Kisar cili hijau atau cili merah (ikut suka) bersama daun ketumbar, bawang besar dan tomato yang dibakar tadi.
Tambahkan 1 sudu garam dan perahkan lemon dan limau nipis.
E. Salad
Bahan-bahan:
- 3 batang timun
- 3 biji tomato
- 1 biji lada benggala
- Daun Ketumbar
- Garam
- Sedikit minyak zaitun
- Sedikit perahan lemon
Potong dadu timun batang yang telah dibuang kulitnya.
Potong dadu tomato.
Boleh juga dicampurkan lada benggala.
Gaulkan bersama minyak zaitun, sedikit garam dan perahan lemon atau limau nipis.
No comments:
Post a Comment